Alhamdulillah semua paper dah habis. Semua? 2 je pun. Kurang paper tapi sem paling stress. Lagi stress berbanding sem3 yang 7 paper tu. Khamis hari tu buat bbq dengan classmates kat rumah PA. Seronok! Bila tengok gambar-gambar bbq tu kelakar je. Masing-masing kecoh. Take turn shift membakar, seluar sha basah, surprise cake sempena birthday PA. Chef air dengan ady, berebut belon, buaian, karaoke lari tune, and jan dah bermaafan dengan faez. Faez yang mintak maaf okay bukan jan hahaha. Tapi sama-sama lah kan.
Lepas last paper semua berkumpul sebab nak ambik saham koperasi. Bab duit memang laju. Then berpeluk cium lah masing-masing. Time cakap babai kat alyn, fara, niza petang tuh yang paling sedih. Kelakar bila teringat yang mula-mula semua bajet cool. Sekali semua meleleh. Bila nak tutup pintu bilik dengan madel, terus semua kenangan terimbas. Ya Allah sumpah sedih. Ehh macam drama hahaha tapi itulah yang jadi. Korang take care ye. Nanti convo Insyaallah kita jumpa lagi.